dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang....
alhamdulillah...hari ni dapat juga aku melepaskan segala benak di dalam hati ni....di saat ku melepaskan segala rasa ini , ku terbayangkan sahabat2 pondok ku.....aku merindui kalian....merindui kalian yang teramat sangat....ya Allah ,ini lah antara nikmat yang Kau berikan....bersahabat kerana MU...betapa besar nikmat yg Kau berikan kepada ku.....tidak semua merasai kemanisan bersahabat itu.....subhanaAllah...apa sebenarnya dikatakan bersahabat kerana Allah tu? bersahabat kerana Allah tu ialah saling ingat mengingati sesama kita kerana Nya...menasihati sahabat itu bukan untuk ditunjuk-tunjuk atas kebaikan yang dilakukan..tetapi kerana Allah. "Sahabat" orang yang sentiasa melindungi sahabat2nya ,sentiasa memelihara aib sahabatnya,"sahabat" yakni mereka yang tidak akan memburuk2kan sahabatnya didepan orang ramai ataupun dibelakangnya...yang sentiasa membantu sahabat-sahabatnya tanpa merasa penat atau beban apabila sahabatnya memerlukan bantuan, yang sentiasa memaksa diri untuk mendengar setiap masalah biarpun pada pukul 3 pagi....si sahabat masih bersedia mendengar masalah kita..ya Allah aku rindukan sahabat-sahabatku. Tetapi tidak semua apa yang kita impikan indah dalam bersahabat itu berterusan . Maksud nya disini Allah memberi ujian dalam bersahabat itu..nak tengok kukuh ke tak "bersahabat kerana Allah tu"....tapi kau goyah, dan saat kau diberi ujian olehNYA maka kau menyoalkan kenapa itu?kenapa ini?kenapa?...kenapa aku kenal dia?kenapa aku dipertemukan dengan mu?....Allah...Allah...ampunkan la aku..ajarlah diri ini sentiasa bersangka baik akan ujianNya.....kadang aku terfikir kenapa aku sentiasa diberi ujian dalam bersahabat.lama kelamaan aku faham. Oh indahnya ujian mu itu. Didalam tempoh aku menjalani ujianMu dalam bersahabat banyak benda yang aku pelajari. Antaranya husnuzon....yakni sentiasa bersangka baik..pada Allah,pada sahabat-sahabat kita...ajar diri selepas ini agar aku tidak terlepas kata-kata...ya!!aku juga manusia biasa...tidak terlepas dari melakukan silap dan salah...ya Allah...dengan adanya ujian dalam bersahabat itu maka akan lebih berhati-hati dengan setiap tutur kata-kata ku,setiap pergerakan ku...paling penting yakni belajar menghargai mereka yang ada didepan mata. Dan bila dah hilang sahabat tu dari pandangan mata barulah diri ini menyesal akan perbuatan diri. "Jika kau kasihkan sahabat mu maka janganlah kau lupakan setiap nama mahupun wajah-wajah sahabatmu dalam doa-doa mu" ..itula yang sentiasa ku pesan dan ajarkan diri ini... Sebenarnya bermula dari doa la maka kamu akan merasai nikmat dalam bersahabat tu...maka janganlah kau merasa beban dengan ujian dr Nya sepanjang kamu bersahabat...anggaplah setiap ujian itu nikmat.nikmat...sebab kesedihan tu tak berpanjangan yang Allah beri....mungkin Allah nak beri sesuatu yang baik buat diri kita...ya!teruskan la ajar diri mu bersangka baik....sesungguhnya Allah sentiasa bersama mu....sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar...di saat si dia sibuk menceritakan keburukan tentang mu maka teruskan la diri mu untuk berdoa.moga Allah sentiasa memeliharanya ...maka itu la juga yang Allah nak tunjuk adakah dia sahabat yang baik buat kita??adakah dengan bercerita akan keburukan kawan-kawannya yang tu kita leh kata kan "bersahabat kerana Allah"....kadang sahabat ni xperlu kita cerita siapa kita dlu,xperlu dia tahu siapa kita dengan detail asal-usul kita sebab bila kita bersahabat kerana Allah ni, sepanjang tempoh tu bersahabat kita akan ase yang kita macam dah lame kenal dia,rasa rindu walaupun baru beberapa hari tidak ketemu,...subahanAllah..subhanaAllah.."jadilah seorang sahabat yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerna mencari yang setia dan jujur ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca,..wallahualam....
No comments:
Post a Comment